1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang
berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5.
Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7.
Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa.
Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki,
tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk
badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada
mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta
datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan
patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara
yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha
untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang
memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15.
Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan
dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana
keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18.
Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19.
Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk
mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang
orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada
kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual
mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya
yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22.
Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian
lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki
yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka.
Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24.
Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25.
Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27.
Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah
tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling
mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun
belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering
merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah
tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan
bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan
secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan
yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman
politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32.
Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka
kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan
yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya,
serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak
nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan
emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama
gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35.
Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai
oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan
kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang
mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik
kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan
atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika
anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan
pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji
atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah
dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal
pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan
berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan,
ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia
rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42.
Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44.
Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45.
Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46.
Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan
yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik
atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara
dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh
sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada
lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati
wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan,
berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran
komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51.
Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus
mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti
minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain.
Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat
hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang
dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang
berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai
perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55.
Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57.
Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta
dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58.
Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa
dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar
dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan
sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk
suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya
sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus
terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara
berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
No comments:
Post a Comment